RONJANG : TOPIK ISLAM YANG UBSURDISME
MEMBACA novel Mana Sikana, Ronjang, kita masih mengingati stail penulisannya yang berbentuk ubsurd. Kita masih membayangkan apakah Ronjang juga mempunyai kecirian seperti mana cerpen-cerpen Fakurdabakia atau Nusia. Apatah lagi bila intisari pengenalannya, Ronjang dikatakan mencari kebebasan dari isme-isme sama ada romantisme, realisme mahupun ubsurdisme. Ini lebih menarik perhatian kita untuk menghayati novel tersebut.
Ronjang, walau pun mahu melarikan dari ikatan isme-isme, namun Mana Sikana masih terikat kepada bentuk ubsurdisme. Walau pun ia tidak sehebat cerpen-cerpennya, Fakurdabakia atau Nusia, namun ia masih lagi mempunyai ciri-cirikeubsurdisme itu.
Ini diberatkan dengan penggunaan personifikasi, interior monologue, stream of consciusness dan teknik-teknik lainnya. Pada permulaan cerita, Ronjang seakan mirip novel Putu Wijaya, Telegram. Malah, suatu dialog yang bersamaan juga terkandung di dalamnya. Dalam Telegram, Putu Wijaya menuliskan, " kami berjalan sebentar untuk menunggu hari gelap. Lalu memasuki losmen sebagaimana biasa. Apa lagi namanya saat itu kalau bukan perzinahan, " ( hal. 1 ) Dalam Ronjang pula, Mana Sikana mengungkapkan, " tangan keras itu merangkul tubuh Aini. Membiarkan masa berjalan dengan drastik. Apakah nama itu kalau bukan perzinahan, " ( hal. 4)
Jika diteliti di sepanjang bab 1 hingga bab 9, Ronjang berada dalam keubsurdan. Ia hanya bebas selepas bab 9. Permasalahan yang ditimbulkan dalam Ronjangmemang satu persoalan yang ubsurd juga. Soal kematian yang menjadi satu persoalan dalam hidup Murad. Ia dikejar kematian dalam suatu keadaan yang diilhamkan oleh interior monologue. Walau bagaimana pun, pengarang cuba melalaikan cara kematian ini dengan berbagai pelarian klimaks yang kadangkalannya meninggalkan kesan dramatik dan kadangakalanya menurunkan drastik pembaca.
Ronjang memilih topik keislaman. Ia berkisar dalam satu kehidupan keluarga yang hanyut dalam kebendaan. Murad seorang usahawan yang telah berjaya. Bersamanya tinggal seorang isteri, Zaiton, yang berfahaman sederhana. Seorang isteri yang mempunyai pegangan keagamaan. Di samping itu, anak-anaknya Syafiq yang gila untuk menjadi bintang bola sepak, Balqis pula telah membuang minatnya untuk belajar kerana terjerumus dalam dunia percintaan remaja dengan seorang askar ( Mansur ), Manakala Salleh seorang anak yang warak, dan Kitum anaknya bungsu menggemari filem Hindustan dan berangan-angan mahu menjadi seorang pengarang ( novelis )
Perjalanan hidup Murad banyak berkisar dalam pancaroba tabiatnya. Menodai setiausahanya, Mimi, Aini dan banyak lagi. Di samping watak-watak sampingan yang banyak membantu kewujudan Murad. Dalam bab-bab yang awal ternyata Murad ditonjolkan dalam bentuk ubsurd. Penggunaan teknik stream of consciusness, interior monologue membantu keadaan ini. Ini diberatkan dengan penggunaan personifikasi, iaitu memperorangkan kereta, rumah dan objek-objek lain. Malah beberapa perkataan juga dipersonifikasikan.
Persoalan yang dipamerkan untuk menjadi topik hidup Murad ialah menyambut hari jadinya yang keempat puluh. Segala persiapan besar-besaran telah diadakan. Anak-anaknya memainkan peranan penting bagi mewujudkan ketegangan suasana tersebut. Mimi, setiausahanya juga menjadi sandaran yang hebat. Murad mahu menonjolkan dirinya di hari jadinya itu. Dia mahu membelanjakan wang yang banyak untuk mempamerkan keunggulannya sebagai seorang usahawan yang berjaya. Tabiat anak-anaknya yang memperhebatkan lagi persediaan menyambut hari jadi tersebut. Kitum dengan novelnya. Syafiq dengan bola sepaknya dan Balqis dengan kekasihnya.
Tetapi Salleh yang warak itu dengan pendiriannya mahukan majlis hari jadi itu disambut dengan membaca tahlil dan doa selamat. Ini disokong oleh ibunya. Lantas dalam kesesatan keduniaannya itu, Murad didatangi dengan suara yang membawa khabar kematiannya. Keadaan inilah yang membawa plot ceritaRonjang secara keseluruhan.
Selain watak utamanya, Murad, dua watak lain juga menarik perhatian ialah watak Salleh dan Kitum, Kitum merupakan satu pengamat dalam kehidupan ayahnya yang akan menghadapi mati dan mencatatkannya ke dalam novel yang akan dihadiahkan kepada ayahnya dalam sambutan hari jadi itu, Ronjang memilih topik keislaman. Ia berkisah dalam satu kehidupan keluarga yang hanyut dalam kebendaan. Murad seorang usahawan yang telah berjaya. Bersama tinggal dengan seorang isteri, Zaiton yang berfahaman sederhana. Seorang isteri yang mempunyai pegangan keagamaan.
Penonjolan watak ini amat melucukan kerana watak begini tidak realistik dalam kehidupan sehari-harian manusia. Kehadirannya pada saya tidak lebih untuk memenuhi ciri-ciri lelucon semata. Manakala watak Salleh, seakan menjadi nada penggerak watak utama malah melanjutkannya kepada unsur-unsur Islam. Salleh, nama yang dipadankan dengan sifatnya membuat pelbagai perubahan dalam cerita ini. Kalau diteliti lebih lanjut, Salleh lebih merupakan tokoh utama dalam novel ini yang berteraskan keislaman. Lebih menonjol lagi watak Salleh di pengakhirannya. Salleh lebih berjaya mendapat tempat. Murad menerima hukuman rejam sampai mati mengikut undang-undang Islam. Mengikut dari segi logik, pengarang hilang pedoman. Pengarang dihantui oleh tema keislaman yang mana kebatilan harus dikalahkan oleh yang makruf.
Beberapa keadaan telah menunjukkan Murad akan terselamat dari hukuman mati. Mengikut logik, Murad hanya dihukum denda lima ratus ringgit. Tetapi pengarang cuba mengekplotasikan keadaan ini dengan imbauan-imbauan hukum Islam. Untuk itu, ia mencatatkan begini, " setelah beradab-abad lamanya, penghukuman rejam sampai mati tidak dijalankan, itulah kali pertamanya hukuman seperti itu diadakan, " ( hal. 159 ) Sebagai sebuah karya yang bertemakan Islam, Ronjangdikira telah menepati motif tersebut. Namun, pengarangnya masih belum mengangkat karya itu sebagai sebuah karya Islam yang bermutu tinggi. Malah untuk diakui sebagai karya sastera yang baik juga belum terangkat. Cuma dapatlah ia dikategorikan dalam sebuah karya yang menjurus ke arah keislaman.
Sebagai seorang penulis berbagai genre kesusasteraan, esais dan pengkritik yang berwibawa, Mana Sikana seakan masih mencari-cari identiti penulisannya. Ia masih gagal menempatkan sebagai seorang penulis yang beridentiti mutlak seperti Shahnon Ahamad atau pun Azizi Haji Abdullah. Selama ini kita mengenal Mana Sikana seorang penulis yang kritis, progresif malah memperjuangkan kemajuan dalam bidang sastera. Fikirannya sentiasa membangun tetapi kadangkala daya fikirannya kesasar dan menjurus kepada kenegatifan Islamik. Pendekatan kritikan semiotik dan strukturilisme banyak membantu beliau menghasilkan karya-karya eksperimental.
No comments:
Post a Comment